Webinar Care of Patients in Ramadan -ls
previous arrow
next arrow

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM)

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM),  No. Pendaftaran: PPM-012-14-30052018 telah ditubuhkan pada 30 Mei 2018 dengan matlamat yang jelas iaitu yang berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Matlamat

Penubuhan persatuan ini berlandaskan beberapa matlamat :

Menyatukan Semua Jururawat Muslim

Menyatukan semua jururawat muslim
di Malaysia dari segenap bidang disiplin kerja, organisasi dan latarbelakang pendidikan dalam satu platform yang sama bagi menjalankan proses asimilasi ilmu yang berterusan, bertukar pandangan, berkongsi idea serta berdialog demi menaikkan mutu dan taraf imej kejururawatan di Malaysia selari dengan kehendak syariah.

Menyediakan platform bagi program - program latihan berbentuk pendidikan

Menyediakan platform bagi program-program latihan berbentuk pendidikan kepada jururawat dalam memantapkan lagi fungsi dalam masyarakat sebagai perawat muslim dan meningkatkan kefahaman, penilaian dan amalan perawatan yang berteraskan al-quran dan as-sunnah.

Sebagai Suara Ketiga

Sebagai suara ketiga dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana badan kejururawatan yang terlibat dengan polisi perawatan agar selari dengan kehendak syariah dan memperjuangkan kepentingan penghayatan agama dalam kehidupan sebagai perawat muslim.

Menggalakkan Penyelidikan Dan Penerbitan

Menggalakkan penyelidikan dan penerbitan mengenai rawatan bagi menaikkan nama kejururawatan malaysia sebagai satu profesyen yang profesional, berorientasikan penyelidikan berasaskan dan amalan kejururawatan berasaskan bukti yang sememangnya selari dengan kehendak agama.

Meningkatkan imej jururawat Muslim.

Meningkatkan imej jururawat muslim melalui program kemasyarakatan berunsurkan pendidikan dan memperkasakan sumbangan terhadap masyarakat melalui program sukarelawan.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan dalam menjayakan apa-apa program kesihatan demi membentuk masyarakat yang sihat dan peka terhadap tuntutan agama.

Prof Zahrah Saad - Penasihat INAM
Zamri Shahri-01

Mengenai Kami

Jururawat Untuk Ummah

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Ikuti titipan ucapan dari Penaung dan juga Pengerusi INAM :

Webinar

Sesi perkongsian ilmu dan perbincangan yang dirancang untuk semua

Cenderamata

Dapatkan produk cenderamata kami

Blog

Seputar aktiviti dan program INAM

Jururawat Untuk Ummah

Daftar sekarang menjadi ahli PERSATUAN JURURAWAT ISLAM MALAYSIA (INAM). Klik butang pendaftaran dibawah.

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Hubungi Kami

Scroll to Top