Banner Vascular Access Devices 4
previous arrow
next arrow

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM)

Persatuan Jururawat Islam Malaysia (INAM),  No. Pendaftaran: PPM-012-14-30052018 telah ditubuhkan pada 30 Mei 2018 dengan matlamat yang jelas iaitu yang berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Matlamat

Penubuhan persatuan ini berlandaskan beberapa matlamat :

Menyatukan Semua Jururawat Muslim

Menyatukan semua jururawat muslim
di Malaysia dari segenap bidang disiplin kerja, organisasi dan latarbelakang pendidikan dalam satu platform yang sama bagi menjalankan proses asimilasi ilmu yang berterusan, bertukar pandangan, berkongsi idea serta berdialog demi menaikkan mutu dan taraf imej kejururawatan di Malaysia selari dengan kehendak syariah.

Menyediakan platform bagi program - program latihan berbentuk pendidikan

Menyediakan platform bagi program-program latihan berbentuk pendidikan kepada jururawat dalam memantapkan lagi fungsi dalam masyarakat sebagai perawat muslim dan meningkatkan kefahaman, penilaian dan amalan perawatan yang berteraskan al-quran dan as-sunnah.

Sebagai Suara Ketiga

Sebagai suara ketiga dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana badan kejururawatan yang terlibat dengan polisi perawatan agar selari dengan kehendak syariah dan memperjuangkan kepentingan penghayatan agama dalam kehidupan sebagai perawat muslim.

Menggalakkan Penyelidikan Dan Penerbitan

Menggalakkan penyelidikan dan penerbitan mengenai rawatan bagi menaikkan nama kejururawatan malaysia sebagai satu profesyen yang profesional, berorientasikan penyelidikan berasaskan dan amalan kejururawatan berasaskan bukti yang sememangnya selari dengan kehendak agama.

Meningkatkan imej jururawat Muslim.

Meningkatkan imej jururawat muslim melalui program kemasyarakatan berunsurkan pendidikan dan memperkasakan sumbangan terhadap masyarakat melalui program sukarelawan.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan.

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perubatan dan paramedik serta bukan perubatan dalam menjayakan apa-apa program kesihatan demi membentuk masyarakat yang sihat dan peka terhadap tuntutan agama.

Prof Zahrah Saad - Penasihat INAM
Zamri Shahri-01

Mengenai Kami

Jururawat Untuk Ummah

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Ikuti titipan ucapan dari Penaung dan juga Pengerusi INAM :

Webinar

Sesi perkongsian ilmu dan perbincangan yang dirancang untuk semua

Penceramah:

1. Puan Kartina Mohamad Manan
Timbalan Pengarah Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Puan Aisyahton Suhaimi
Presiden,
Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)

Moderator:

1. Puan Suraya Muhd Yuden
Jururawat U5,
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)

2. Puan Hadijah Ahmad
Pengajar Jururawat,
University of Cyberjaya

Tarikh :
13 Disember 2025

Masa :
8.00 am – 03.00 pm

Penyertaan adalah terhad, daftar segera!!!!

Penceramah:

Muhammad Hamzihadi bin Hamrah
High Committee,
Infusion Nurses Society Malaysia ( INSM).

Tarikh :
20 Disember 2025

Masa :
2.00 pm – 7.00 pm

Penyertaan adalah terhad, daftar segera!!!!

Acara

2ND NURSING SPIRITUAL CARE SYMPOSIUM 2025

Dalam menghadapi situasi kecemasan dan krisis, jururawat bukan sahaja bertanggungjawab merawat luka fizikal, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong kesejahteraan emosi dan spiritual pesakit. Simposium ini bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan spiritual dalam amalan kejururawatan, terutamanya ketika berhadapan dengan tekanan dan keadaan kritikal.

Program ini akan menghimpunkan para pakar dalam bidang kejururawatan, kesihatan mental, penjagaan spiritual, dan pengurusan krisis bagi memperkaya kefahaman dan kemahiran peserta dalam memberikan penjagaan holistik yang merangkumi aspek jasmani dan rohani.

Program

Program yang dirancang sepanjang tahun 2025

Program Qurban INAM 1447H

Dalam sejarah sebagaimana yang disampaikan dalam Al Qur’an terdapat dua peristiwa dilakukannya ritual korban iaitu oleh Habil dan Qabil, putera Nabi Adam alaihis salam, serta pada saat Nabi Ibrahim akan mengorbankan Nabi Ismail atas perintah Allah.

Tarikh Qurban : Hari Raya Korban ke – 2

Nilai sebahagian : Satu bahagian RM800.00 (1 bahagian lembu) | RM1,000.00 ( seekor kambing)

Tempat Korban : Ladang Ternakan Kg Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Lokasi masak daging dan agihan :
Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Cenderamata

Dapatkan produk cenderamata kami

Blog

Seputar aktiviti dan program INAM

Jururawat Untuk Ummah

Daftar sekarang menjadi ahli PERSATUAN JURURAWAT ISLAM MALAYSIA (INAM). Klik butang pendaftaran dibawah.

Matlamat penubuhan persatuan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan dalam membawa jururawat muslim aktif berpersatuan dan memberi sumbangan kepada profesyen kejururawatan serta masyarakat diluar waktu rasmi bekerja berteraskan dakwah dan perjuangan nilai etika Islam dalam dunia kejururawatan. 

Hubungi Kami

Scroll to Top